Membina dan menulis Frasa


Mata pelajaran         : Linus Tahun 2
Tajuk                         : Membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup ‘ng’
Tema                          : Makanan
Kelas                          : 2 Bestari
Masa                           : 8.10-9.10 pagi
Bilangan Murid          : 4 orang
Kemahiran                 : 4.5  membina dan menulis frasa yang ada perkataan mengandungi suku   kata tertutup ‘ng’
Hasil Pembelajaran : Di akhir aktiviti p&p murid dapat:
1.     membina dan menulis frasa berdasarkan gambar
2.     melengkapkan tempat kosong dengan perkataan yang betul supaya menjadi frasa yang betul.
Pengetahuan sedia ada   : Murid telah mempelajari membaca dan memahami frasa pada sesi pembelajaran lepas.
Nilai                                :  teliti, cermat dan yakin
BBM                           :  kad gambar, kad frasa ( slaid) , Lembaran kerja
Aktiviti P&P:







Langkah/masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Guru
Murid
Set Induksi
(±5minit)
Menulis huruf berdasarkan gambar
i. guru menunjukkan gambar serta huruf.
ii. Guru memanggil seorang murid  secara rawak untuk mengisi huruf dalam petak yang di sediakan.
i. murid yang dipanggil datang mengisi petak dengan huruf yang disediakan.
ii. murid membaca perkataan tersebut.

Langkah 1
(±20minit)
Mengeja dan membaca frasa berdasarkan gambar
i. guru menunjukkan kad gambar dan kad frasa (slaid)
ii. guru membimbing murid mengeja dan membaca frasa berdasarkan gambar
i. murid melihat kad gambar dan kad frasa (slaid)
ii. murid mengeja dan membaca frasa
BBM : kad gambar, kad frasa ( slaid)
Langkah 2
(±15minit)
Menulis frasa yang berdasarkan gambar
i. Guru menunjukkan gambar
ii. Guru membimbing murid menyebut dengan betul
iii.  Guru menyemak jawapan murid dan membaca bersama-sama
i. Murid  menyebut dengan betul gambar yang ditunjukkan.
ii. Murid menulis frasa yang betul secara berpasangan.
iii. Murid membaca bersama-sama frasa yang ditulisnya.
Nilai : peka, bersungguh-sungguh
BBM : Kad Gambar,

Langkah 3
(±15minit)
Aktiviti Pengukuhan
i. Guru memberi lembaran kerja kepada murid.
ii. Guru memberi arahan kepada murid cara menyiapkan lembaran kerja yang diberi.
iii. guru minta murid membaca semula hasil yang telah disiapkan.
i. murid menyiapkan lembaran kerja yang diberi.
ii. Murid yang selesai menyiapkan lembaran kerja membaca frasa yang telah siap
Nilai : cermat
BBM: lembaran kerja
Penutup
(±5minit)
i. guru memberi lembaran kerja.
ii. guru ayat tersebut berdasarkan gambar
i. murid bersama-sama membaca ayat tersebut
ii. murid mengisi frasa yang tertinggal.
BBM: Lembaran kerja