Membina dan menulis Perkataan


Mata pelajaran         : Linus Tahun 2
Tajuk                         : Membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup ‘ng’
Tema                          : Makanan
Kelas                          : 2 Bestari
Masa                          : 8.10-9.10 pagi
Bilangan Murid          : 4 orang
Kemahiran                 : 2.13 membina dan menulis perkataan yang ada suku kata tertutup ‘ng’
Hasil Pembelajaran : Di akhir aktiviti p&p murid dapat:
1.     Membina dan menulis perkataan dengan ejaan yang betul berdasarkan gambar yang di berdasarkan yang diberi.
2.     Melengkapkan suku kata tertutup berdasarkan gambar yang di beri.
3.     Menulis perkataan berdasarkan gambar .
Pengetahuan sedia ada   : Murid telah mempelajari ejaan dan bacaan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’
Nilai                                :  teliti, berkomunikasi dengan baik  dan tekun
BBM               : kotak, radio, kad gambar, kad perkataan, Slaid, Kad Gambar , Lembaran Kerja
Aktiviti P&P:




Langkah/masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Guru
Murid
Set Induksi
(±5minit)
Permainan Kotak beracun
i.  Guru menyediakan satu kotak di dalamnya terdapat gambar.
ii. Apabila muzik kotak akan bergerak, apabila muzik diberhentikan murid yang memegang kotak tersebut perlu mengambil sekeping gambar.
iii. Guru telah menyediakan kad perkataan di papan tulis untuk dipadankan dengan gambar yang terdapat dalam kotak beracun.
i. Murid mengedarkan kotak beracun apabila muzik dimainkan.
ii. Murid yang memegang kotak apabila muzik diberhentikan, murid perlu mengambil sekeping gambar.
iii. Murid perlu memadankan dengan perkataan yang telah disediakan di papan tulis.
Nilai : Teliti
BBM: kotak, radio, kad gambar, kad perkataan

Langkah 1
(±15minit)
Latih tubi membaca.

i. Guru membimbing murid mencerakinkan perkataan berdasarkan gambar .
ii. Guru membimbing murid membaca perkataan yang dicerakinkan
i. Murid membaca perkataan yang dicerakinkan.
ii.Latih tubi membaca perkataan yang dicerakinkan
Nilai: Teliti
BBM; Slaid
Langkah 2
(±15minit)
Menulis perkataan berdasarkan gambar
i. Guru menunjukkan gambar, guru minta murid menyebut gambar tersebut dengan sebutan yang betul.
ii. guru membimbing murid menulis di dalam lembaran kerja yang diberi dengan mengeja ejaan yang betul. Guru minta murid mengeja semula perkataan yang ditulis
i. murid menyebut gambar tersebut dengan sebut yang betul.
ii. murid menulis dalam lembaran kerja yang diberi berdasarkan ejaan yang betul
iii. murid mengeja perkataan yang ditulis
Nilai: Tekun dan Teliti
BBM: Kad Gambar
Lembaran Kerja
Langkah 3
(±15minit)

Aktiviti Pengukuhan
i. Guru mengedarkan lembaran kerja yang pertama iaitu melengkapkan suku kata yang tertinggal berdasarkan gambar.
ii. Guru menerangkan kepada murid tentang lembaran kerja tersebut.
iii. Guru mengedarkan lembaran kerja kedua iaitu padankan suku kata dan menulis semula perkataan tersebut berdasarkan gambar.
iv. Guru menerangkan kepada murid tentang lembaran kerja tersebut.
i. murid mendengar dengan teliti penerangan guru.
ii. guru melengkapkan suku kata pada lembaran kerja tersebut.
iii. murid mengambil lembaran kerja yang kedua.
iii. murid menyiapkan lembaran kerja yang di beri oleh guru
Nilai : teliti, tekun
BBM: lembaran kerja